TAPAH – Kerajaan bersetuju melupuskan hutang lapuk lebih 30 tahun berjumlah RM233.8 juta melibatkan 20,000 peserta Felcra Berhad di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira ketidakmampuan peserta ekoran pulangan pendapatan yang rendah disebabkan projek kurang berdaya maju dan tidak produktif dari segi penghasilan.
Katanya, sehingga Disember tahun lalu, sebanyak 323 projek di seluruh negara dengan keluasan 22,173 hektar telah dikenal pasti sebagai projek kurang berdaya maju.-KOSMO! ONLINE