fbpx

Kecewa sikap Lesti, netizen mohon maaf daripada Baim Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELAKON Baim Wong pernah menjadi isu panas apabila video ‘prank’ berkaitan keganasan rumah tangga dikaitkan dengan isu yang dilalui Lesti Kejora dan Rizky Billar.

Susulan isu tersebut, Baim Wong menjadi mangsa buli netizen yang marah dan menganggap pelakon itu mempermainkan nasib malang penyanyi dangdut itu.

Justeru, Instagram Baim dibanjiri komen-komen negatif warganet hingga ada yang membuat laporan polis terhadapnya.

Bagaimanapun, sebaik sahaja Lesti memaafkan dan menarik balik laporan polis terhadap suami, netizen mula membanjiri ruang komen Baim dengan permohonan maaf.

Rata-rata mereka menganggap perbuatan Baim sebelum ini bagi menyedarkan orang ramai tentang soal keganasan rumah tangga.

“Baim cuba beritahu kita keganasan rumah tangga tak boleh dijadikan gurauan.

“Maaf aku kecam kamu, nampaknya kamu kalah dengan prank Lesti dan Billar,” ujar netizen.

Netizen turut meminta Baim memuat naik semula video yang sudah dikeluarkan itu ke saluran YouTube miliknya.

Sementara itu, Baim menerusi laman sosialnya turut meluahkan rasa hairan dengan netizen yang memohon maaf kepadanya.

“Aku bingung” tulisnya sambil memuat naik artikel tentang perkara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI