fbpx

Jennifer Lawrence stres sebab popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIFER LAWRENCE

POPULARITI yang diraih dalam masa singkat sebenarnya bukan satu hal yang benar-benar membanggakan bagi pelakon Jennifer Lawrence.

Ujar pelakon berusia 32 tahun itu, populariti hanya mendatangkan tekanan ke dalam jiwanya.

Semakin banyak populariti semakin Lawrence beranggapan segala keputusan yang perlu dibuat adalah suatu hal besar walaupun untuk perkara-perkara kecil.

“Saya mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak 2012 menerusi filem The Hunger Games. Kemudian populariti saya terus meledak selepas memenangi anugerah Oscar menerusi filem Silver Linings Playbook pada 2013.

“Populariti yang saya raih dalam masa singkat itu membuatkan jiwa saya tertekan. Setiap keputusan yang saya buat dirasakan sebagai suatu hal yang besar. Saya mahu kekalkan prestasi yang baik dalam industri,” jelasnya.

Bagaimanapun, selepas berkahwin pada 2019 dan mempunyai seorang anak, Lawrence berkata, jiwanya menjadi semakin tenang kerana tumpuannya kini beralih terhadap keluarga, terutama anaknya.

“Selepas berkahwin dan memiliki anak, saya berasa lebih tenang. Kerjaya lakonan bukan lagi menjadi keutamaan saya sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI