fbpx

Info wikipedia Atu Zero disunting, kaitkan dengan Bon Jovi, BTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Selepas anak Zarina Zainuddin, maklumat dalam laman Wikipedia di bawah nama pelawak Atu Zero pula menjadi mangsa suntingan maklumat palsu.

Begitupun, pemilik nama sebenar
Sharif Kunal Doli Sharif menganggap perbuatan dilakukan pihak tertentu itu hanya sebagai gurauan.

Katanya, dia tidak ambil hati atau tergores dengan suntingan tersebut, malah merasakan usikan tersebut menghiburkan.

“Alhamdulillah, lain macam Bon Jovi. Rasanya orang yang taip (sunting) ini mabuk kot.

“Bila pula pergi Korea Selatan berlakon? Pernah buat konsert, siapa pula pengurusnya?

“Bagi saya benda itu menghiburkan. Selagi perkara itu bukan sesuatu yang negatif atau mengaibkan, saya okey,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Terdahulu, pelawak dan pelakon itu berkongsi semula sebuah hantaran foto maklumat dirinya di Wikipedia yang dikongsi isterinya, Syafeeqa Johari

Dalam paparan laman berkenaan, Atu dikatakan pernah menyanyi dan membuat persembahan dengan ramai penyanyi kelas dunia seperti Bon Jovi dan Ricky Martin.

Malah info tersebut turut mengaitkannya dengan kumpulan Kpop tersohor iaitu BTS dan Blackpink.

Pelakon Syif Malam Raya itu juga dikatakan membintangi banyak drama bersiri serta filem Korea seperti Crash Landing on You, dan Lawyers.

Sementara itu, menerusi carian Kosmo! Online, halaman Wikipedia Atu kini sudah kembali kepada maklumat asal.

Minggu lalu Zarina meluahkan kekesalan apabila ada individu tergamak menghina anak istimewanya, Azal atau Muhammad Raizal Azrai, 26, dengan melakukan suntingan dalam laman sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI