fbpx

Griezmann ledak gol ke-100 buat Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GRIEZMANN meraikan jaringan kemenangan Atletico 1-0 ke atas Athletic Club pada aksi La Liga awal pagi semalam. – AFP

BILBAO – Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann meledak gol peribadi ke-100 bersama pasukan itu apabila muncul wira dalam kemenangan 1-0 ke atas Athletic Club pada aksi La Liga awal pagi semalam.

Griezmann, 31, meledak gol tersebut pada minit ke-47 selepas menyempurnakan hantaran cantik daripada Alvaro Morata dalam aksi di Stadium San Mames itu.

Menariknya, ia adalah jaringan La Liga yang pertama buat bintang Perancis itu musim ini selepas mencapai persetujuan dengan Barcelona untuk berhijrah secara tetap ke Atletico pada 10 Oktober lalu.

Gol tunggal daripada Griezmann itu memboleh­kan Atletico melonjak ke tangga ketiga dengan 19 mata daripada sembilan perlawanan hasil enam kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Bagaimanapun, kejayaan itu terpaksa dibayar dengan harga yang cukup mahal apabila penjaga gol, Jan Oblak terpaksa dikeluarkan pa­da minit ke-20 selepas mengalami perlanggaran kepala.

Ketua jurulatih Atle­tico, Diego Simeone memuji barisan pemainnya termasuk Griezmann dan penjaga gol gantian, Ivo Grbic yang bekerja keras memastikan gawang kekal tanpa bolos.

“Sukar untuk memuaskan hati semua pihak tetapi inilah cara pasukan kami bermain. Saya rasa kami sudah menghampiri prestasi kemuncak apabila bermain lebih ba­nyak perlawanan lagi.

“Saya mengharapkan semua pemain dapat memberikan aksi yang terbaik kerana mereka juga mengintai peluang untuk ke Piala Dunia bersama negara masing-masing.

“Saya harap mereka berbangga dengan kejayaan hari ini. Bukan mudah untuk anda membawa pulang tiga mata apabila beraksi menentang Athletic di laman mereka,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI