fbpx

Gong Hyo-jin kini milik Kevin Oh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FOTO cincin perkahwinan Gong Hyo-jin dan Kevin Oh yang dikongsikan aktres itu dalam Instagramnya.

MANIS bersemut! Demikian respons ramai peminat apabila mendapat tahu aktres popular Gong Hyo-jin selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Kevin Oh.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa minggu lalu di sebuah lokasi tidak didedahkan di New York.

Sejurus majlis mereka berlangsung, Hyo-jin berkongsi kegembiraan bersama peminat dengan memuat naik gambar cincin perkahwinan dalam Instagramnya.

Foto tersebut memaparkan Hyo-jin dan Kevin saling berpegangan tangan dengan menunjukkan sepasang cincin pada jari manis mereka.

“Baru berkahwin!” tulis bintang ternama itu ringkas pada ruangan kapsyen.

Majlis perkahwinan pasangan yang mula bercinta sejak dua tahun lalu itu turut dihadiri rakan selebriti popular antaranya Jung Ryeo-won dan Uhm Ji-won.

Hyo-jin dan Kevin mula mendedahkan hubungan cinta mereka kepada umum sekitar April lalu.

Aktres yang popular menerusi drama Master’s Sun dan It’s Okay, That’s Love itu kemudian mengumumkan perkahwinannya dengan Kevin yang juga seorang penyanyi pada Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI