fbpx

Elon Musk berdebar nama masuk senarai bunuh dikaitkan dengan kerajaan Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar nama dan gambar Musk yang kononnya dimasukkan dalam senarai bunuh Mirotvorets. - Twitter

WASHINGTON – Pengasas Tesla dan SpaceX, Elon Musk menyuarakan kebimbangan terhadap laman web kontroversi, Mirotvorets, yang didakwa menyenaraikan sejumlah nama yang kononnya musuh Ukraine, lapor laman berita RT kelmarin.

Kebimbangan itu diluahkan selepas namanya dikatakan berada dalam senarai tersebut. Manusia paling kaya di dunia itu didakwa mengugut untuk memotong pembiayaan perkhidmatan  satelit Starlink yang memberikan liputan internet di Ukraine.

Sistem itu diketahui disambungkan kepada peralatan kerajaan di Kiev.

“Adakah senarai ini benar? Apakah URLnya?” tanya Musk dalam satu ciapan sebagai tindak balas kepada seorang wartawan yang berkongsi tangkap layar dan mendakwa bahawa namanya ditambah ke pangkalan data Mirotvorets.

“Saya telah bercakap dan menulis tentang senarai ini selama bertahun-tahun, selepas berada dalam senarai ini pada 2019, tetapi sekarang Musk pula tersenarai, selepas Roger Waters dan lain-lain,” tulis Bartlett .

Nama Musk didapati tiada dalam senarai tersebut pada Sabtu lepas setelah beliau menarik semula ancaman untuk menamatkan pembiayaan Starlink.

Menurut beberapa laporan, aktivis-aktivis  Ukraine mendakwa laman web tersebut  palsu dan menggelarnya sebagai provokasi Rusia.

Mirotvorets atau maksudnya ‘pendamai’ adalah pangkalan data individu bebas yang dianggap oleh moderator misteri sebagai ancaman kepada keselamatan negara Ukraine.

Laman web itu menafikan bahawa ia membekalkan senarai bunuh sebaliknya mendakwa sebagai sumber maklumat untuk agensi penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan khas mengenai pengganas pro-Russia, pemisah dan penjenayah perang  lain. 

Ia didakwa mempunyai kaitan dengan Kementerian Dalam Negeri Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI