fbpx

Conte puji aksi cemerlang Spurs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE dijatuhkan oleh penjaga gol Everton, Jordan Pickford, sekali gus mendapat penalti sekali gus merakam kemenangan 2-0 buat Spurs ke atas Everton di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte berharap skuad kendaliannya dapat meneruskan aksi cemerlang musim ini selepas menang 2-0 ke atas Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur awal pagi semalam.

Dua gol menerusi jaringan Harry Kane dan Pierre-Emile Hojbjerg sudah cukup untuk memastikan Spurs mengutip tiga mata, sekali gus menghuni kedudukan ketiga liga dengan 23 mata.

Justeru, Conte tidak mahu pemain-pemainnya hilang fokus menjelang perlawanan akan datang memandangkan beliau mahu memastikan Spurs terus bersaing untuk melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara pada setiap musim.

“Sudah tentu kami sangat gembira kerana saya fikir Spurs menampilkan aksi cukup cemerlang pada perlawanan hari ini (semalam). Kami mencipta ba­nyak peluang walaupun berdepan beberapa kecederaan sepanjang perlawanan.

“Keadaan (kecederaan) itu mungkin mampu mencipta sesuatu yang negatif tetapi kami berjaya cari jalan penyelesaian terbaik. Saya harap kami boleh terus kekalkan permainan se­perti ini dalam perlawanan akan datang,” katanya.

Bekas pengendali Juventus itu percaya pemain-pemainnya sudah menunjukkan permainan lebih matang memandangkan mereka berjaya mengekalkan fokus biarpun berdepan bebe­rapa isu kecederaan.

“Kami berdepan sebuah pasukan yang baik selain dibelenggu masalah kecederaan, namun semua pemain masih mampu menampilkan aksi terbaik. Ini bermakna semua pemain sudah semakin matang ketika berdepan pelbagai situasi,” ujar Conte. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI