fbpx

Cikgu Fadli enggan ‘orang luar’ masuk campur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cikgu Fadhli enggan layan orang yang tidak berkaitan dengan isu yang berkait dengannya.

PETALING JAYA – Cikgu Fadli enggan membiarkan penyanyi rap, Caprice masuk campur dalam isu yang berbangkit antara dirinya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Melalui komen di Facebook milik beliau, Cikgu Fadli meninggalkan komen ‘dia nak masuk bang, tapi saya tak layan’.

Isu hangat antara seorang guru iaitu Mohd Fadli Mohamed Salleh atau dikenali dengan panggilan Cikgu Fadli bersama KPM yang bertebaran di media sosial telah mendapat perhatian ramai netizen termasuklah penyanyi rap, Caprice.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata netizen tidak mahu penyanyi rapper itu masuk campur dalam hal berkenaan dan sebaiknya diserahkan kepada pihak yang terlibat sahaja tanpa ada campur tangan orang yang tidak berkenaan.

“Harapnya Kepris janganlah masuk campur pulak urusan Cikgu Mohd Fadli Salleh ya,” tulis serorang netizen.

“Lagi teruk Topi Nasi ni dari anak Pak Syed, semua benda Topi Nasi nak tunggang jadi isu. Dahaga perhatian sebab dah sendu atau nak kekal relevan punya pasal,” komen seorang lagi netizen.

“Adui la Mat Tempel ni, setiap isu ada je dia nak menempel. #MatTempel,” komen netizen yang lainnya.

“Aku syak Caprice ni kempunan nak jadi journalist (jurnalis) la dulu. Semua benda dia nak ulas,” tulis seorang netizen di ruangan komen.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Cikgu Fadli membuat pendedahan bahawa dirinya bakal dikenakan tindakan dibuang kerja serta turun pangkat gara-gara bersikap lantang mengenai isu silibus pelajaran di sekolah serta masalah beg berat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI