fbpx

Caprice dedah individu jadi mangsa penceramah bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi rap, Caprice membuat pembongkaran terbaharu menerusi media sosialnya melibatkan bekas pembantu peribadi seorang pendakwah bebas.

PETALING JAYA – Penyanyi rap sensasi, Caprice membuat pembongkaran terbaharu berhubung kes seorang penceramah bebas.

Pendedahan tersebut membabitkan bekas pembantu peribadi (PA) pendakwah terbabit.

Menerusi beberapa perkongsian terbaharu yang dimuat naik Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 34, dia mendedahkan, sudah bertemu empat mata dengan pembantu peribadi pendakwah terbabit yang hanya dikenali dengan nama panggilan Wan.

“Mangsa baharu ke depan. Bekas PA penceramah berkenaan yang menghubungi dan berjumpa Caprice,” tulisnya.

Dalam hantaran status yang dikongsikan, turut disertakan adalah audio perbualan penceramah itu dengan bekas pembantu peribadinya dalam aplikasi WhatsApp.

Antara pengakuan yang didedahkan individu yang tidak dapat dipastikan identitinya itu berbunyi: “Kali pertama (dia sentuh saya) di ruang makan.

“Dia tanya sayang dia tak. Saya balas, ‘sayang sebagai kawan’. Kalau macam itu, cium saya.

“Saya tanya, ‘kenapa begini’ dan dia jawab, ‘tolonglah saya, saya nak perhatian.”

Demikian antara pengakuan lelaki itu kepada Caprice yang dimuat naik dalam Instagram dalam bentuk audio dan turut dikongsikan dalam Instastory figura yang terkenal tagline, Bang! Bang! itu.

Bermacam-macam pendedahan dilakukan Caprice yang cukup dikenali menerusi lagu Lenglui berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ramai tersebut dan dia juga menggesa sesiapa yang pernah berdepan situasi sama agar tampil ke hadapan.

Caprice juga memaklumkan, dia tidak akan teragak-agak untuk membawa mangsa-mangsa terlibat membuat laporan polis dalam masa terdekat.

“Siapa-siapa melalui perkara sama, WhatsApp sahaja saya di nombor telefon peribadi.

“Bukan senang nak lawan ‘gay child predator’. Kebanyakan ramai lepas dan bebas. Minggu depan kita sama-sama buat laporan polis,” tulisnya dalam entri terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI