fbpx

Beli Starbucks pun boleh bahagia, bukan kahwin sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bujang bukan sebab tak laku, definisi bahagia berbeza.

PETALING JAYA – Definisi bahagia pada masa kini berubah dan ditafsirkan dalam aspek lebih meluas berbanding 20 tahun lalu yang rata-ratanya merujuk kepada kebahagian apabila dikelilingi suami, isteri dan anak-anak.

Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Farhana Sabri berkata, perkara itu bukan bermaksud perkahwinan tidak diutamakan, namun kebahagiaan tidak khusus kepada membina rumah tangga sahaja.

“Kita hidup dalam dunia naratif yang mana interpretasi realiti itu tidak sama dengan 20 tahun dahulu. Sebagai contoh, seseorang melihat kebahagiaan apabila dia berbelanja.

“Dia beli air Starbucks dan kemampuannya membeli air itu setiap hari, itulah definisi bahagia terbaik bagi dia,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Beliau yang juga pensyarah Psikologi berkata, fitrah manusia itu memang berkehendak kepada kasih sayang kerana setiap orang ada perasaan memiliki.

“Saya berpendapat kita tidak boleh cakap perkahwinan itu tidak diutamakan cuma, ma­sing-masing mempunyai dinamik kebahagiaan yang tidak sama dengan mereka yang konservatif dengan melihat bahagia semestinya ada ibu bapa atau suami isteri.

“Kita tengok sekarang yang ambil anak angkat pun ramai sebab orang percaya, kebahagian bukan dengan anak biologi sahaja, malah dengan anak angkat. Itu bahagia cara dia, cara bahagian mereka,” ujarnya.

Dalam masa sama, Farhana berkata, mereka yang berusia 35 tahun ke atas serta belum berumah tangga, tidak bermaksud ‘malas’ mencari pasangan atau ‘tidak laku’.

“Orang yang ada jodoh dan berkahwin pun belum tentu bahagia, malah kes bercerai juga meningkat. Jadi bahagia ini lebih kepada individu tersebut, bagaimana dia memaknai kebahagiaan itu sendiri,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI