fbpx

Bayi tersumbat usus angkara ibu beri makan kurma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kisah bayi usus tersumbat diceritakan oleh Dr. Hannani.

PETALING JAYA – Seorang bayi berusia 38 hari mengalami bengkak usus selepas usus besarnya tersumbat, sekali gus memerlukan pembedahan segera.

Selepas diselidik, rupa-rupanya bayi yang hanya minum susu badan sepenuhnya itu telah diberikan kurma yang sudah dikunyah.

Kejadian tersebut diceritakan seorang pengamal perubatan swasta, Dr. Hannani Kamarudin mengenai seorang bayi dibawa ibunya di klinik untuk menyedut kahak pada 3 Oktober lalu.

“Dia kata nak sedut kahak dan apabila diperiksa, bayi itu tidak ada selesema, tidak ada hingus dan paru-parunya dalam keadaan baik. Tapi, apabila diperiksa perut mendapati ia kembung.

“Malah apabila ditanya, ibu itu memaklumkan bayinya tiada masalah membuang air besar hari-hari selain tidak demam. Namun, bayi itu hanya menangis sahaja,” katanya pada hantaran video TikTok baru-baru ini.

Dr. Hannani berkata, beliau memberitahu ibu bayi itu supaya menjarakkan tempoh masa memberikan susu badan bagi mengelakkan ia terlebih kuantiti.

“Bagaimanapun, ibu itu datang semula ke klinik pada 5 Oktober dan bukan sekadar kembung, bayi itu ada ‘coffee bean sign’ iaitu bengkak pada usus, tersumbat pada ususnya. Jadi, bayi mengalami kembung yang sangat kembung sekali gus memerlukan pembedahan.

“Dia (ibu bayi) ada berikan kurma sikit yang sudah dikunyah. Kita tidak tahu sama ada itu penyebabnya kerana bayi hanya diberi susu ibu sahaja,” katanya.

Justeru, beliau menasihati ibu bapa supaya tidak ambil mudah keadaan bayi mereka dan menjalani X-ray jika terdapat tanda berbeza bagi mendapatkan kepastian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI