fbpx

Bajet 2023 dibentangkan semula sebelum akhir tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri hadir di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka di Tapah hari ini.FOTO/ MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

TAPAH – Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober lalu akan dibentangkan semula sebelum hujung tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Beliau berkata, pembentangan semula itu dilakukan ekoran bajet berkenaan belum sempat dibahaskan berikutan pembubaran Parlimen.

“Kita sudah umumkan bajet, macam-macam yang kita mahu beri kepada rakyat, semua kita mahu bagi di mana orang kampung yang paling banyak dapat. Tetapi, kita belum luluskan lagi bajet itu dan kita kena bentang lagi sekali sebelum akhir tahun ini.

“Kalau orang lain perintah, saya tidak jamin dapat apa yang dijanjikan. Jika kita perintah, saya lagi jadi Perdana Menteri, insya-Allah, semua bajet yang dibentangkan akan kita luluskan,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Peserta Felcra Berhad, Pekebun Kecil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Warga Orang Asli di Arena Merdeka di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, inisiatif di dalam bajet tidak sama seperti janji manifesto kerana apabila ia sudah dibentangkan, bermakna kerajaan mempunyai wang bagi melaksanakannya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI