fbpx

Wanita kena ragut mohon kongsi rakaman dashcam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran wanita tersebut di Facebook.

SHAH ALAM – Seorang wanita yang menjadi mangsa ragut memohon bantuan orang ramai berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dalam kejadian di hadapan sebuah kilang, Seksyen 16 di sini semalam.

Insiden ragut itu berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika mangsa sedang menuju ke sebuah lokasi di Seksyen 17 sebelum tular menerusi hantaran di Facebook.

Menurut wanita tersebut yang dikenali sebagai Hidayah, semasa kejadian dia menunggang bersendirian dan menyedari ada seseorang lelaki yang turut menunggang motosikal berwarna hitam.

“Peragut terus meragut beg saya sebelum melarikan diri dengan membuat pusingan U ke arah Padang Jawa.

“Peragut tersebut dipercayai warga tempatan dengan fizikalnya agak berisi serta memakai jaket berwarna hitam,” katanya di sini.

Justeru, Hidayah memohon bantuan kepada pengguna jalan raya lain yang melalui jalan sama serta mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) semasa berlakunya kejadian supaya berkongsi dengannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes itu, dengan mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kami siasat kes ini di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI