fbpx

Wanita bujang perlu fikir baik buruk sebelum nikah laki orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA bujang dikatakan lebih tertarik dengan suami orang berikutan kriteria status kewangan serta pengalaman dalam menguruskan rumah tangga. – GAMBAR HIASAN

KLUANG – Wanita bujang diingatkan agar memikirkan baik buruk untuk bernikah dengan suami orang atau menjadi isteri kedua bagi mengelakkan masalah pada masa akan datang.

Nurul Arina Ahmad, 30, berkata, mungkin status kewa­ngan serta pengalaman me­nguruskan rumah tangga an­tara kriteria menjadikan suami­ orang pilihan wanita bujang.

“Bukan juga bermakna lelaki bujang tidak dapat perhatian, namun ia bergantung kepada kete­rampilan diri masing-­masing.

“Pokok pangkalnya adalah hati, sebagai wanita kita harus memikirkan buruk baiknya apabila menjadi isteri kedua,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, matang, kehidupan stabil dan romantik antara ciri-ciri utama mengapa wanita bujang lebih selesa memilih suami orang sebagai pasangan hidup berbanding lelaki bujang.

Syahira Khairulnizam, 20, pula berpendapat soal penga­laman dan kewangan bukan perkara utama kerana ia boleh dipupuk perlahan-lahan melalui perjalanan hidup suami isteri dengan pasangan sama usia.

“Ramai wanita bujang lebih selesa dengan pasangan yang sama usia kerana dilihat le­bih romantis berbanding berpasangan dengan lelaki yang boleh dipanggil ‘ayah’.

“Tak semua orang sanggup bermadu apatah lagi untuk melukakan hati wanita lain yang sepatutnya dihormati,” kata­nya.

Dalam pada itu, Nur Aina Rosman, 25, yang sudah bertunang dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi berkata, bukan perkara mudah untuk menjadi insan ketiga yang hanya indah khabar daripada hakikat sebenarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI