fbpx

Ulang-alik 115km setiap hari, staf Jabatan Pertanian maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Perodua Axia dipandu Mohd. Azam (gambar kecil) terbalik selepas terbabas di Jalan Langkap-Dangi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kelmarin.

KUALA PILAH – Perjalanan seorang kakitangan Jabatan Pertanian berulang-alik dari rumah­nya di Gemencheh ke tempat kerjanya di Rembau sejauh 115 kilometer (km) setiap hari selama hampir setahun berak­hir apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Langkap-Dangi, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa, Mohd. Azam Shamsudin, 35, parah dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, ketika kejadian, mangsa memandu kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan ke Gemencheh.

“Setibanya di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan dan melanggar pagar tapak projek penanaman buah rock melon lalu terbalik.

“Akibat kemalangan itu, mang­sa tersepit di dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mang­sa dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya dalam kenya­taan di sini semalam.

Mayat Mohd. Azam dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, arwah Mohd. Azam sebelum ini bertugas di Tampin sebelum berpindah ke Rembau sebagai penolong pegawai pertanian pada Februa­ri lalu.

Arwah sudah berkahwin dan tidak memiliki cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI