PETALING JAYA – Tujuh negeri di Semenanjung diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang pada pagi ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang dan Johor.
“Bagi Kelantan, ia meliputi Jeli dan Kuala Krai, Pahang pula di Cameron Highlands dan Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing,” demikian maklumat dimuat naik pada Facebook hari ini.
Dalam pada itu, amaran ribut petir itu dikeluarkan sehingga pukul 12 tengah hari. – KOSMO! ONLINE