fbpx

Tiga kawasan di Manjung dikenal pasti hotspot banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Sesi Simulasi Banjir tersebut melibatkan pergerakan pihak berkuasa di daerah Manjung bagi membantu mangsa musibah berkenaan.

LUMUT – Tiga kawasan di daerah Manjung dikenal pasti sebagai hotspot berkemungkinan berlakunya musibah banjir iaitu Beruas, Pantai Remis dan Lekir.

Justeru, Program Sesi Simulasi Banjir peringkat daerah Manjung yang julung kali diadakan semalam di Sekolah Agama Rakyat Kampung Padang Serai, Pantai Remis dekat sini buat julung kalinya bermatlamat untuk menyediakan penduduk setempat sekiranya mereka berhadapan dengan bencana tersebut.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Md. Salleh berkata, persediaan tersebut termasuklah gerakan ketika banjir dari agensi penyelamat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam APM).

“Program ini selaras arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang berfungsi sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana.

“Ia agar persediaan awal membabitkan logistik, anggota dan kelengkapan aset bagi semua agensi yang terlibat dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, program simulasi banjir penting bagi mewujudkan koordinasi, komunikasi dan kesefahaman antara agensi penyelamat dan agensi bantuan di peringkat daerah Manjung dengan matlamat yang sama iaitu untuk menyelamatkan mangsa.

“Justeru itu, program simulasi ini diharapkan dapat mewujudkan suasana yang lancar dan harmoni di antara agensi dan komuniti yang menghadapi ketegangan sewaktu musibah bencana banjir,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI