fbpx

Tengku Adnan terima Ijazah Doktor DBA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Adnan.

KUALA LUMPUR – Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 70, dianugerahkan Ijazah Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Majlis Konvokesyen Universiti Asia-e (AeU) ke-11 kelmarin.

Penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Anugerah itu dikurniakan atas kelayakan dan kejayaan beliau dalam penulisan tesisnya bertajuk ‘Affordable and Affordability Housing in Kuala Lumpur’.

Selain itu, anugerah itu juga diberikan di atas penglibatannya dalam pelbagai bidang perniagaan seperti hartanah, pembalakan, pembuatan, perdagangan, agrikultur, perhotelan, penternakan dan perniagaan makanan baharu termasuklah teknologi dan komunikasi.

Beliau yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan terus komited dalam perkembangan perniagaan selain menyalur khidmat bakti kepada orang ramai melalui penglibatannya sebagai wakil rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI