fbpx

Tataplah wajah Bilal, semua dah puas hati ke tu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEELOFA tidak sanggup lagi menyorokkan wajahnya Bilal gara-gara bermacam ‘troll’ dilakukan netizen terhadap anak kecilnya.

SEJAK awal tahun, nama kisah Neelofa dan anaknya, Muhammad Bilal tidak pernah sepi dari radar dunia hiburan.

Setiap hari, minggu dan bulan, pasti ada sahaja cerita mengenai Bilal yang tidak didedahkan wajahnya itu diperkatakan.

Sehinggalah Rabu lalu, Neelofa mengejutkan ramai dengan memuat naik foto Bilal, sekali gus menjawab semua teka-teki ramai.

Bagi Diva, mungkin Neelofa tidak tahan sangat dengan sikap segelintir individu yang mempermain-mainkan tentang anaknya.

Ibu mana yang tidak terguris dan berasa sedih melihat anaknya menjadi mangsa kecaman ramai.

Kini, tiada lagi wajah yang disorok dan tataplah wajah Bilal sepuas-puasnya. Namun, Diva ada juga terbaca tentang terdapat individu yang mempertikai kecomelan Bilal. Ternyata masih ada lagi yang belum puas hati.

Sekarang ini, berilah ruang dan semua punya hak privasi masing-masing. Tidak baik membuli seorang bayi yang tidak bersalah dalam media sosial.

Dalam masa sama, ramai juga rakan selebriti yang bersuara tentang isu ini dan berpendapat Bilal yang baru berusia sembilan bulan itu tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian rupa.

Harapnya, tiada lagi cerita sensasi mengenai Bilal mahupun Neelofa muncul lagi dalam ruangan media ya..

DIVA: Semoga kes Bilal Neelofa menjadi pengajaran buat selebriti lain. Kalau betul nak elakkan penyakit ain, elakkan juga mengundang penyakit lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN