fbpx

Tarikan kampung YouTuber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI penduduk terlibat dalam mencipta kandungan di saluran YouTube.

DARI jauh, kelihatan beberapa orang penduduk sedang merakam aksi kanak-kanak berlumba di jalanan, manakala beberapa yang lain pula sibuk merakam seorang pekerja di ladang bersama traktor.

Ada yang menggunakan kamera dan ada juga memanfaatkan teknologi dron.

Sejak beberapa tahun lalu, ia merupakan pemandangan biasa di kampung Tulsi, Raipur, India apabila sebahagian penduduknya menjadikan platform tersebut sebagai kaedah untuk menjana pendapatan sebagai kerjaya.

Turut dikenali sebagai hab YouTuber, dikatakan sekitar 1,000 daripada 3,000 penduduk di kampung Tulsi terlibat dalam penciptaan kandungan YouTube dengan sebanyak 40 saluran dihasilkan.

Menariknya, bukan sekadar kandungan berunsurkan hiburan semata-mata, YouTuber di kampung tersebut turut mencipta kandungan pendidikan, sekali gus menyebarkan ilmu kepada masyarakat luar.

Budaya YouTube di situ dikata dimulakan dua orang sahabat, Gyanendra Shukla yang merupakan seorang jurutera dan Jai Verma, seorang guru.

Bagaimanapun, ia mula menarik perhatian ramai yang mahu mengikut jejak langkah dua sahabat itu selepas melihat kejayaan yang diperoleh.

Bukan seorang dua, sebaliknya hampir seluruh penduduk Tulsi menceburkan diri dalam profesion berkenaan hingga ada yang berjaya menerima plat penghargaan emas daripada saluran tersebut.

Bangga dengan pencapaian yang dicipta penduduk kampung itu, Gyanendra Shukla berkata, selain menjana pendapatan, platform YouTube dilihat satu penghormatan untuk golongan wanita memandangkan kebanyakan mereka tidak dibenarkan keluar rumah.

PENDUDUK sibuk dengan kelengkapan gajet masing-masing bagi merakam kandungan untuk dimuatkan dalam laman YouTube mereka.

Secara tidak langsung, ia membolehkan wanita-wanita tersebut berinteraksi dengan dunia luar dan meningkatkan nilai tambah dalam diri apabila berjaya meneroka sesuatu yang baharu dan bermanfaat dalam hidup.

“Saya bekerja di sebuah syarikat swasta sebelum ini sebagai jurutera rangkaian. Pejabat saya mempunyai internet berkelajuan tinggi dan saya pernah menonton video YouTube.

“Saya juga merupakan peminat filem yang mana sering menontonnya menerusi saluran tersebut. Bagaimanapun sekitar 2011 hingga 2012, YouTube versi baharu dilancarkan, yang mana tidak banyak siaran ditayangkan.

“Dari situlah, menjadi inspirasi untuk saya menghasilkan kandungan sendiri,” katanya.

Bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari menyebabkan dia berasakan kehidupannya hambar, Shukla mengambil keputusan berhenti kerja dan mula bergiat membuat kandungan untuk YouTube.

Siapa sangka 10 tahun berlalu, pemuda ini berjaya menghasilkan kira-kira 250 video dan mempunyai 1.15 juta pengikut.

Pun begitu kata Shukla, meneroka kerjaya dalam bidang itu bukan sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dia masih mempunyai rasa malu dan ragu-ragu terhadap profesion berkenaan.

“Sebelum ini, kami teragak-agak semasa membuat kandungan di YouTube dan tidak boleh berlakon di tempat awam.

“Tetapi apabila ada orang tua kampung meminta kami melakonkan semula tentang kehidupan Rama menurut epik Hindu kuno, Ramayana atau kesusasteraan sekunder seperti Ramcharitmanas.

“Dari situlah, keraguan kami sedikit demi sedikit hilang dan mula membina keyakinan diri.

“Ketakutan di atas pentas dan hadapan kamera hilang selepas itu. Pun begitu, apa yang lebih menggembirakan saya apabila melihat hampir semua penduduk kampung membuat video untuk YouTube dan memperoleh pendapatan,” tambah Shukla.

Rakannya, Jai Verma berkata, dia gembira apabila melihat perubahan dalam kalangan penduduk di kampung tersebut.
Bermula dengan membuat video YouTube, penduduk di situ beralih kepada TikTok dan kini giat menghasilkan Reels.

“Saya mempunyai ijazah dalam jurusan kimia dan merupakan seorang guru sambilan. Saya juga mempunyai institut untuk mendidik pelajar-pelajar dalam bidang tersebut.

“Sebelum ini, saya hanya mampu menjana pendapatan sebanyak RM683 (Rs12,000) hingga RM853 (Rs15,000) sebulan.

“Tetapi kini, dengan menghasilkan bahan di saluran YouTube, saya mampu menjana pendapatan sehingga RM1,992 (Rs35,000) sebulan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI