fbpx

Syamsul Yusof rayu bantu Bilal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengarah, Syamsul Yusof menyeru orang ramai membantu kanak-kanak berusia dua tahun, Mohammad Bilal Yusra yang terlantar akibat menghidap Alobar Holoprosencaphly atau kecacatan tempurung kepala.

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berharap, masyarakat dapat menyalurkan sumbangan bagi membantu menampung kos perubatan selain mendoakan kesihatan anak kecil tersebut.

“Ada ketumbuhan dekat kepalanya. Mohon boleh semua doakan adik ini. Doakan kesejahteraan semoga dia boleh cepat sembuh.

“Doakan ye semua. Memang kesian. Sesiapa yang mampu boleh sedekah untuk membantu.

“Tapi bukan sahaja duit, mohon doakan yang terbaik untuk adik itu yang ada ketumbuhan di kepalanya.

“Saya mohon sangat. Kita satu Malaysia doakan dia. InsyaAllah,” katanya menerusi hantaran video di Instagram.

Perkongsian sutradara popular itu nyata mengundang maklum balas  pengikutnya yang rata-rata turur sebak mengenangkan penderitaan kanak-kanak itu.

Penyakit Bilal dilaporkan semakin kronik apabila kepalanya membesar hingga mencecah berat 28 kilogram (kg).

Selain menghidap kecacatan tempurung, anak kecil itu turut  mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.

Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, yang sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang rumah dan ibu Bilal, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, yang pernah menjadi pembantu klinik terpaksa berhenti bagi menjaga anak-anak.

Anak sulung pasangan tersebut, Nur Khaulah Al-Azwar juga adalah anak istimewa yang mengalami masalah pendengaran dan sakit tulang belakang.

Malah sebelum ini mereka memaklumkan terpaksa menjual barangan peribadi bagi mencari sumber kewangan.

Terdahulu, kisah penderitaan anak kecil itu meraih perhatian ramai sebaik dikongsi sebuah akhbar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI