fbpx

Rendah diri, Syahmi Irfan jadikan Haqiem Rusli rujukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyanyi baharu, Syahmi Irfan hadir dengan single berjudul Lagi-Lagi Sayang.

KUALA LUMPUR – Masih hijau dan belum dikenali, penyanyi baharu Syahmi Irfan mengakui pernah dihimpit rasa rendah diri untuk bersaing dalam industri hiburan.

Syahmi, 21, bagaimanapun menerapkan sikap positif dan percaya rezekinya untuk dikenali akan tiba suatu hari nanti.

“Sudah tentu ada rasa rendah diri tapi bagi saya percaya setiap penyanyi ada kelebihan masing-masing.

“Saya lihat ramai penyanyi baharu ada potensi untuk berjaya. Saya hanya perlu sentiasa bersikap positif dan buat yang terbaik.”

“Sekarang saya hanya perlu cari cara bagaimana untuk mempromosikan lagu baharu saya supaya diterima,” ujarnya usai majlis pelancaran single kedua berjudul Lagi-Lagi Sayang di pejabat Indigital Music, di sini.

Syahmi yang juga komposer lagu berkenaan menjadikan Haqiem Rusli dan Naim Daniel sebagai rujukan untuk terus berkarya.

“Naim dan Haqiem antara yang selalu memberikan karya-karya bagus dan menjadi rujukan komposer baru macam saya.

“Saya selalu mengkaji bagaimana penerimaan pendengar setiap kali mereka keluar lagu. Dari situ saya belajar melodi yang bagaimana disukai orang ramai,” ujarnya.

Bercakap tentang Lagi-Lagi Sayang, Syahmi berkata, idea penghasilan lagu berkenaan tercetus sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

Menerima sentuhan Rudy Nastia dan lirik nukilan Syahmi dan SMSM, Lagi-Lagi Sayang berkisarkan sebuah perhubungan yang tidak kesampaian.

“Tidak perlu bersedih jika berlaku perpisahan kerana itu merupakan sebuah perjalanan dan pengalaman hidup,” ujarnya.

Lagi-Lagi Sayang dilancarkan secara rasmi pada 7 Oktober lalu di semua platform digital, manakala muzik video boleh ditonton melalui YouTube Indigital Music. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI