fbpx

PRU15 : UMNO Bagan Serai akan tampilkan muka baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sham (tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bagan Serai di Dewan Datuk Zainal Abidin, Bagan Serai hari ini.- Foto WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – UMNO Bahagian Bagan Serai akan menampilkan muka baharu untuk dicalonkan di Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Datuk Sham Mat Sahat berkata, UMNO telah menghantar 16 nama calon untuk diketengahkan bagi kerusi Parlimen Bagan Serai serta tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada UMNO negeri.

Menurutnya, senarai nama itu akan melalui tapisan pertama di peringkat negeri dan kemudiannya Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk keputusan akhir.

“Kita telah menghantar empat senarai nama masing-masing bagi satu kerusi Parlimen dan tiga kerusi DUN iaitu Alor Pongsu, Gunung Semanggol dan Selinsing sekiranya (DUN) negeri ini dibubarkan.

“Kita menampilkan beberapa muka baharu bagi bergandingan dengan orang lama bagi mengimbangi suasana politik semasa di kawasan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bagan Serai di Dewan Datuk Zainal Abidin Zin di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI