fbpx

PRU15 : Sokong Ismail Sabri sebagai PM suara akar umbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir beramah mesra dengan pelajar-pelajar ketika hadir pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang, Kuala Nerang hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Tindakan kebanyakan UMNO Bahagian membuat dan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekal menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bukanlah disebabkan mereka menerima arahan parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, usul tersebut sebaliknya adalah suara akar umbi yang mahu melihat Ismail terus menerajui kepimpinan negara.

Katanya, usul itu juga selaras dengan keputusan dibuat Majlis Tertinggi UMNO yang sudah pun membuat kenyataan mahu melihat Ismail kekal menyandang jawatan tersebut.

“Usul itu bukan disebabkan arahan parti sebaliknya terpulang kepada Bahagian masing-masing. Apabila kita buat Mesyuarat Bahagian semalam, kebanyakannya memang mengusulkan supaya Ismail Sabri menjadi ‘poster boy’ dan calon Perdana Menteri.

“Ini suara akar umbi dan usul itu pun semalam turut dibawa dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Padang  serta disokong tanpa bahas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang Ke-21 di dewan sekolah berkenaan di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI