fbpx

PRU15 : PM lancar jentera BN Bera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (kiri) memotong riben merasmikan majlis Perasmian Jentera Barisan Nasional P090 Bera bertempat di Dewan Konvensyen Daerah Bera, di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) P090 Bera yang menjadi simbolik kepada permulaan gerak kerja Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Parlimen Bera berkata, telah mengarahkan semua cawangan untuk membuka bilik gerakan masing-masing secepat mungkin selewat-lewatnya awal pagi esok.

Menurutnya, bukan sahaja bilik gerakan UMNO, malah semua bilik gerakan MCA dan MIC Bahagian Bera perlu diaktifkan bagi menggerakkan Jawatankuasa Bilik Gerakan masing-masing.

“Semua jawatankuasa mesti diaktifkan semula, Jawatankuasa Bahagian sudah diputuskan, sementara untuk cawangan boleh buka bilik gerakan mulai esok dan memulakan mesyuarat jawatankuasa masing-masing.

“Bajet dari setiap cawangan perlu dibuat segera dan diselesaikan sebelum penamaan calon,”katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Jentera Barisan Nasional P090 Bera bertempat di Dewan Konvensyen Daerah Bera, di sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan kepada semua jentera sama ada di peringkat Bahagian, Pemuda, Wanita mahupun Puteri untuk turun padang ke peringkat akar umbi bagi berjumpa dengan pengundi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI