fbpx

PRU15 : Pengundi Selangor perlu hukum PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorazli (enam dari kiri) hadir ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang 2022 di Kolej Mara Banting hari ini.

SEPANG – Pengundi diseru menghukum kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor kerana didakwa menipu rakyat dalam isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said sebagai mengulas pendedahan Istana Selangor mengenai tiada permintaan dikemukakan untuk DUN dibubar.

“Bayangkan jika Sultan Sharafuddin Idris sendiri pun tidak dimaklumkan isu sebenar, apatah lagi kita rakyat biasa lebih mudah ditipu oleh kerajaan negeri PH,” katanya dalam nada kesal.

Terdahulu, beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sepang 2022 di Kolej Mara Banting, hari ini yang turut dihadiri wakil komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC.
.
Pada 11 Oktober lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan Sultan Selangor bertitah tidak perkenan pembubaran DUN dan pentadbiran diteruskan seperti biasa.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani pada 13 Oktober lalu namun mengesahkan tiada permintaan pembubaran dan kenyataan Amirudin sebagai mengelirukan.

Amirudin tidak membuat permohonan itu selaras dengan keputusan Majlis Presiden PN agar tiga negeri dikuasai blok tersebut tiada pilihan raya serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam pada itu, Noorazli berkata, pelaksanaan secara serentak PRU dengan DUN tidak menyusahkan rakyat sebaliknya akan membebankan apabila terpaksa mengundi sekali lagi dalam masa kurang enam bulan.

“Sepatutnya PH kena fikir masalah pengundi luar terpaksa mohon cuti untuk balik mengundi dan majikan kurang tenaga sebab pekerja keluar mengundi jika DUN dibubar berasingan,” katanya.

Justeru, beliau menyeru jutaan pengundi di Selangor tampil menghukum PH pada PRU kali ini kerana angkuh mementingkan soal politik sempit dengan menjadikan cuaca sebagai alasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI