fbpx

PRU15 : Kita cuba cari tempat selamat untuk KJ – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY kelihatan berbincang sesuai dengan Mohamad selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di Hotel Royale Chulan, di sini, hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

SEREMBAN – “Kita cuba cari tempat yang sesuai untuk beliau (penyandang kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin),” kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di Hotel Royale Chulan, di sini, hari ini.

Mohamad berkata demikian selepas diminta mengulas ucapan penggulangan Khairy Jamaluddin yang memberi laluan kepadanya untuk bertanding di Parlimen Rembau sempena mesyuarat berkenaan yang dihadiri kira-kira 860 perwakilan.

Menurutnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, ini kerana Khairy Jamaluddin merupakan pemimpin muda yang berkaliber serta baik untuk negara.

“Kita tak mahu bakat beliau itu hilang begitu sahaja. Kita cuba cari tempat yang sesuai untuk beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti untuk beliau (Khairy).

“Alhamdulilah, kami di Rembau ini semangat kekeluargaan. Kami ini beradat kan, jadi kita beradat dalam teranglah. Jadi, tak ada isu pasal Rembau lagi. InsyaAllah,” katanya.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas Khairy Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rembau dengan menewaskan pencabarnya dari parti PAS dan PKR dengan memperoleh 36,096 undi.

Sebelum ini, Mohamad menyatakan hasrat mahu bertanding di Parlimen, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI