fbpx

Penantian 35 tahun yang berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mantan Ketua Peneroka Felda Bukit Tongkat, Md Yassa Awiba menerima geran hak milik tanah yang disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan penyandang Ahli Parlimen Sembrong Datuk Sri Hishamudin Hussein di dewan Serbaguna Felda Bukit Tongkat di Kluang hari ini.

KLUANG – 282 keluarga di Felda Bukit Tongkat kini boleh tersenyum lebar apabila semua peneroka tanah rancangan ini masing-masing menerima geran hak milik tanah.

Ketua Peneroka Felda Bukit Tongkat, Mohd Noor Sarugi berkata, pemberian geran kepada semua peneroka di felda ini bagaikan satu rahmat besar kepada mereka.

Katanya, kesabaran menanti selama 35 tahun selepas mula diteroka pada tahun 1979 sebelum keluarga dibawa masuk pada tahun 1987 akhirnya membuahkan hasil apa yang dinantikan selama ini.

“Melalui penyerahan geran ini, semua peneroka menerima hak milik tanah seluas 10 ekar setiap seorang selain satu tapak rumah.

“Walaupun ada dikalangan penerima adalah dari generasi kedua dan ketiga namun mereka turut bersyukur dengan penyerahan geran ini kerana ianya diperolehi hasil titik peluh kedua orang tuanya,”katanya.

Mohd Noor berkata demikian selepas menerima geran hak milik tanah yang disampaikan oleh Datuk Sri Hishamudin Hussein dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Dewan Serbaguna Felda Bukit Tongkat dekat sini hari ini.

Sementara itu, mantan Ketua Peneroka Felda Bukit Tongkat, Md Yassa Awiba, 68 tanpa berselindung mengakui penerimaan geran ini sebagai membayar hasil keringat yang dicurahkan ketika mula menebang hutan untuk dijadikan tanah rancangan ini.

“Ada rakan seangkatan tidak dapat merasai kenikmatan memiliki tanah hasil usaha sendiri puluhan tahun lalu dan ianya membuatkan rasa hiba apabila mengenangkannya.

“Semoga generasi yang mewarisi pemberian tanah ini sebagai harta pusaka keluarga yang akan dijaga sebaiknya turun temurun,”katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI