fbpx

Pelakon cantik jadi ‘pengganas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMARINNA

GADIS Pesona Ahad pada minggu­ ini seorang yang lemah lembut dan pemalu, namun siapa sangka anak kelahiran Sarawak, Sama­rinna Tolhip ini mempu­nyai aura yang tersendiri.

Anak kacukan Bidayuh dan Kanada berusia 26 tahun ini merupakan pendatang baharu dalam industri seni dengan menyertai bidang lakonan.

Samarinna yang mempertaruhkan bakatnya menerusi drama sitkom Delivery Girl yang disiarkan di saluran TVS pada Jun lalu berazam mahu mencipta nama sendiri tanpa dibayangi nama-nama pelakon lain.

Kepada Kosmo! Ahad, anak kedua daripada tiga beradik ini bercerita lanjut mengenai karier dan juga latar belakangnya.

Kosmo! Ahad!: Ceritakan titik permulaan Samarinna dalam bidang lakonan?
Samarinna: Saya memulakan karier sebagai pelakon pada 2019 selepas terlibat dalam projek filem Edge of the World.Ketika itu, saya meme­gang watak sampingan. Pada masa sama, saya terlibat dalam drama, sitkom dan telemovie di bawah produksi TVS dan produksi tempatan lain.

Sebelum berlakon, apa­kah pekerjaan yang dilakukan Samarinna?
Saya mengusahakan butik andaman di Bau pada 2018. Ketika itu, sambutan amat menggalakkan, te­tapi bis­nes terpaksa dihentikan sementara berikutan pandemik Co­vid-19.
Saya akan memastikan bisnes yang di­usahakan bersama adik beroperasi se­mula jika keadaan me­ngizinkan.

SAMARINNA kini berulang-alik antara Sarawak dan Kuala Lumpur sekiranya terlibat penggambaran.

Pernah terdetik untuk bergelar pelakon?
Sejak remaja, saya memang berminat mahu menjadi pelakon. Sebaik tamat SPM, saya bekerja sebagai model sambilan dan mengikuti kelas andaman sebelum berlakon. Ketika ini saya berulang-alik dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk menjalani penggambaran.

Watak idaman Samarinna?
Dalam filem War On Terror yang bakal ditayangkan pada Ogos 2023, saya memegang watak pengganas. Ia serasi kerana saya seorang yang lasak. Saya juga pernah memegang watak gadis sopan. Sebagai pelakon sudah tentu saya mahu mendalami pelbagai watak.

Siapa pelakon idola anda?
Tiada yang spesifik kerana setiap pelakon ada kekuatan tersendiri. Pun begitu, saya mengagumi Fauziah Nawi, Eman Manan dan Datuk Rahim Ghazali.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan?
Terlibat dalam scene menyelam dalam kolam renang pada kedalaman lima meter. Malangnya saya terkena sera­ngan panik, keadaan bertukar kelam-kabut dan penggambaran ditangguhkan selama sejam. Saya juga pernah ditipu. Ada produksi menawarkan watak sampingan, tetapi sebenarnya ia watak besar. Produksi terbabit membayar harga rendah tidak setimpal dengan watak.

Ada perancangan ber­nikah dalam masa terdekat?
Buat masa ini saya belum terfikir ke arah itu kerana mahu memberi fokus kepada karier.

Watak antagonis atau protagonis. mana satu pilihan Samarinna?
Sudah tentu watak antagonis. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI