fbpx

‘Mengarut’ tarik balik kejuaraan F1 Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARKO (dua dari kiri) percaya bahawa Red Bull tidak melanggar peraturan had perbelanjaan dan amat mengarut jika dirampas gelaran dunia F1 Max Verstappen pada tahun lalu. – AFP

LONDON – Penasihat pasukan Red Bul, Helmut Marko me­negaskan adalah satu keputusan mengarut untuk ‘merampas’ gelaran Max Verstappen berikutan isu pelanggaran had per­belanjaan semusim Formula Satu (F1) tahun lalu.

Persekutuan Automotif Antarabangsa (FIA) mendedahkan bahawa Red Bull mengeluarkan dana lebih daripada bajet siling yang ditetapkan pada kempen F1.

Berdasarkan laporan antarabangsa yang didedahkan, dua pasukan F1 iaitu Red Bull and Aston Martin didapati mengeluarkan dana lebih daripada AS$145 juta (RM672.2 juta) musim lepas.

“Saya tidak mahu bercakap terlalu banyak. Kami masih percaya bahawa Red Bull tidak melanggar peraturan had perbe­lanjaan yang ditetapkan sama sekali. Perbincangan dengan FIA sedang berjalan.

“Tetapi desas-desus mengatakan Verstappen bakal kehilangan gelaran dunia 2021 akibat pelanggaran bajet tersebut adalah satu dakwaan karut dan tidak masuk akal,” kata Marko.

Ketika ini, Ferrari dan Mercedes dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan FIA yang masih belum memberi sebarang keputusan berkenaan hukuman yang bakal diterima pasukan Red Bull.

Bagaimanapun, prinsipal pasu­kan Ferrari, Mattia Binotto menuntut FIA memberikan satu hukuman yang tegas dan jelas mengenai pelanggaran yang dibuat oleh pasukan Red Bull.

“Mengenai hukuman soal gelaran dunia 2021 saya fikir ia satu keputusan yang agak sukar dibuat berikutan semua kejayaan itu telah diraikan malah saingan juga berlangsung agak sengit.

“Tetapi apa yang terbukti ialah FIA telah menjelaskan bahawa Red Bull melanggar had per­belanjaan dan memberi kelebihan prestasi pada jentera mereka musim lalu.

“Justeru, hukuman penalti perlu dibuat lebih wajar kerana kelebihan tersebut digunakan Red Bull pada tahun berikutnya. Semua pasukan berjuang dan bersaing tanpa kelebihan yang serupa,” ujar Binotto. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI