fbpx

Lima negeri dijangka alami ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 6 petang hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia melibatkan Perak (Hulu Perak), Kelantan (Jeli dan Tanah Merah) serta Terengganu (Marang dan Kemaman).

“Selain itu, Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, manakala Sabah pula meliputi Sandakan (Telupid dan Beluran),” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI