fbpx

[KEMASKINI] Dua rentung kemalangan empat kenderaan dekat Sedenak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat memadamkan dua buah kenderaan yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan kira-kira pukul 7.47 malam tadi.

KULAI – Dua orang rentung di dalam dua kenderaan berasingan kerana gagal menyelamatkan diri selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Mohd Nor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian berlaku kira-kira pukul 7.47 malam tadi.

Katanya, susulan itu 18 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Kulai dan Ayer Hitam serta dua buah jentera FRY, sebuah kenderaan EMRS dan sebuah water tanker dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai anggota mendapati benar kemalangan berlaku melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori, sebuah kereta proton wira, sebuah kereta Toyota Vios dan sebuah Proton Preve.

“Pemeriksaan mendapati seorang wanita rentung di tempat duduk penumpang di dalam kereta Proton Wira manakala pemandunya sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya melalui kenyataan tengah malam tadi.

Menurut Mohd Fauzi, seorang lagi mangsa yang belum dikenali nama dan jantinanya turut ditemui rentung di dalam sebuah kereta Toyota Vios.

Ujarnya lagi, kedua – dua kenderaan itu terbakar 90 peratus, dua lagi kenderaan yang terlibat iaitu lori yang terbakar 70 peratus manakala Proton Preve tidak terlibat dengan kebakaran.

“Mangsa yang dikenal pasti meninggal akibat terbakar itu adalah Nurul Nazihah Kamalul Ariffin, 28, manakala seorang lagi mangsa sedang disiasat identitinya.

“Empat lagi mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” Katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI