fbpx

Jualan langsung Malaysia ke-6 global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (dua dari kiri) melawat gerai pameran Hari Industri Jualan Langsung Malaysia Peringkat Negeri Melaka di Mahkota Parade, semalam.

MELAKA – Industri Jualan Langsung di Malaysia kini berada pada kedudukan keenam di peringkat global dari segi nilai jualan, setelah mencatatkan jualan berjumlah RM25.7 bilion pada tahun 2020, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau mengumumkan pencapaian itu pada Program Hari Industri Jualan Langsung Malaysia Peringkat Negeri Melaka 2022 di sini, semalam.

Jelasnya, kedudukan tersebut adalah berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia (WFDSA), baru-baru ini.

“Nilai jualan industri Jualan Langsung bagi tahun 2020 telah mencatatkan peningkatan ketara berbanding RM21.5 bilion yang dicapai pada 2019.

“Melalui laporan yang dikeluarkan oleh WFDSA, industri jualan langsung di Malaysia kini berada pada kedudukan keenam di dunia, berbanding di ranking ketujuh sebelum ini,” katanya.

Alexander menambah, Malaysia turut diletakkan di tangga keempat di rantau Asia Pasifik bagi hasil jualan langsung pada tahun 2021.

Ujarnya, prestasi baik itu memperlihatkan bahawa industri jualan langsung merupakan salah satu bidang tumpuan yang berupaya menyumbang dalam mengukuhkan ekonomi negara.

Alexander menyampaikan Lesen Jualan Langsung kepada salah seorang penerima semalam.

“Jualan langsung ini penting dalam mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan termasuklah pendapatan tambahan, selain menyediakan peluang perniagaan kepada masyarakat.

“Sebelum ini, banyak pihak masih menganggap bahawa industri ini mempromosikan perniagaan berasaskan skim piramid atau skim cepat kaya, namun perniagaan ini kini terbukti mampu menjadi sumber untuk menjana pendapatan melalui syarikat pemegang Lesen Jualan Langsung yang sah,” katanya.

Tambah Alexander, industri jualan langsung turut memberikan sumbangan kepada pembangunan kemahiran, pertumbuhan teknologi dan pertumbuhan serta pemerkasaan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI