fbpx

Jijik dengan manusia yang caci, kutuk, hina budak – Izara Aishah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon jelita, Izara Aishah berang apabila ada pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya mencaci dan menghina bayi yang tidak berdosa.

PETALING JAYA – Terpanggil dengan isu yang menimpa rakan seindustri, Neelofa, pelakon popular, Izara Aishah menegur segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang mempermainkan isu privasi wajah anak orang.

Izara atau nama sebenarnya, Nik Izara Aishah Nik Izazurin menerusi Twitter memuat naik ciapan berbunyi berbunyi kedengaran kasar: “Jijik dengan manusia yang caci, kutuk, hina budak. Itu bayilah lahanat.

May you rot in hell (semoga engkau masuk api neraka).”

Mencetuskan situasi tegang dalam gelanggang Twitter, ramai dalam kalangan netizen menuduh tindakan isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Adib Khalid itu mempertahankan atau ‘back up’ Neelofa hanya kerana mereka mempunyai hubungan baik dalam industri.

“Hello Izara, berhenti mempertahankan semua perkara pada setiap masa. Tak usah berlagak hero untuk setiap isu dengan memberikan komen.

“Kami tahu apa yang anda lakukan hanya untuk publicity stunt (tujuan publisiti),” ciap seorang pengguna Twitter.

Izara kemudian membalas ciapan tersebut dengan nada sarkastik berbunyi: “Publicity stunt untuk mempromosikan produk saya yang tak wujud ke?”

Sementara itu, dalam satu ciapan berlainan yang telah pun dipadam seorang netizen, Izara berang apabila pemilik akaun itu memfitnahnya namun tidak dapat dipastikan perkara tersebut mengenai apa.

“Si bangang ini tiba-tiba nak fitnah pagi-pagi. Minta bukti perincian, tiada.

“Tak pernah dalam hidup aku buat perangai tiada ‘class’ sebegini,” ciap ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Terdahulu, selepas acapkali diasak peminat berkongsi wajah putera sulung, Muhammad Bilal Muhammad Harris, Neelofa akhirnya berbuat demikian beberapa hari lalu sekali gus menamatkan segala spekulasi peminat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI