fbpx

Guardiola enggan remehkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA menggesa anak-anak buahnya tidak pandang mudah keupayaan Liverpool yang merupakan lawan paling sukar The Citizens menjelang aksi di Stadium Anfield malam ini.

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola enggan sesekali memandang rendah keupayaan Liverpool selain masih menganggap mereka masih pencabar utama menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada aksi Liga perdana Ing­geris (EPL) malam ini.

Sebagai rekod, City ketika ini gah menduduki tangga kedua liga selepas mengutip 24 mata berbanding skuad The Reds yang dibelenggu masalah prestasi dengan meraih 10 mata sahaja musim ini.

Kata Guardiola, skuad kendalian Jurgen Klopp itu masih sukar diramal, malah rekod pertemuan pada dua aksi terakhir se­waktu saingan separuh akhir Piala FA musim lalu dan aksi Perisai Komuniti awal musim ini juga memihak kepada pasukan lawan.

“Rekod kami ketika bertemu Liverpool pada dua aksi terakhir tidak begitu baik dengan percaturan taktikal pasukan lawan agak menjadi khususnya aspek teknikal serta kelebihan fizikal yang mereka miliki.

“Meskipun prestasi tidak begitu konsisten pada musim ini, ia bukanlah gambaran sebenar ke­rana Liverpool akan kekal menjadi salah satu pencabar kami tidak kira di mana kedudukan mereka dan inilah hakikat yang perlu kami terima,” katanya.

Sementara itu, Guardiola turut mengesahkan penyerang utama, Erling Haaland kembali diletakkan dalam kesebelasan utama selepas direhatkan pada aksi Liga Juara-Juara Eropah bertemu Copenhagen minggu lalu.

“Haaland akan memimpin jentera serangan pasukan pada pertemuan menentang Liverpool nanti. Hanya kurang sebulan sahaja khidmatnya akan dikerah sebelum dibenarkan cuti rehat apabila kejohanan Piala Dunia bermula nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI