fbpx

Gigihnya Fasha Sandha ‘nak runcing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA SANDHA

“Berat badan turun 3.8 kilogram (kg) tetapi keseronokannya seperti hilang 38kg.”

Itulah yang dilalui pelakon Fasha Sandha yang kini bekerja keras nak mencapai berat badan ideal.

Mana tidaknya, dia sanggup tidak menjamah nasi selama dua minggu. Katanya tak mahu pilih jalan singkat, jadi perlulah kerja keras untuk kurus.

Zaman sekarang ini ramai yang berani lakukan pembedahan berkaitan usus untuk kurangkan berat badan, namun tidak untuk Fasha. Itu satu hal yang perlu dipuji.

Semua itu pilihan dan semua individu ada alasan tersendiri.

Harapnya apa yang dilakukan Fasha ini jadi contoh kepada ramai individu di luar sana yang memang terkejar-kejar untuk turunkan berat badan.

Semoga mental terus kuat dan hasrat Fasha untuk runcing bagi sebuah penggambaran drama Disember nanti tercapai.

DIVA: Sebenarnya, isu berat badan pun boleh buat seseorang rasa murung. Sebab itu jangan suka body shaming orang lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI