PARIS – Jaguh berbasikal Itali, Filippo Ganna menggegar Velodrom Quentin-en-Yvelines selepas mencatat rekod baharu dalam acara kejar-mengejar ketika beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek UCI di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis semalam.
Lebih manis pelumba berusia 26 tahun tersebut menjulang gelaran kelimanya di pentas dunia tersebut sekali gus digelar sebagai raja pursuit Itali.
Ganna melakar sejarah dalam rekod dunia baharu dalam saingan pursuit dengan catatan tiga minit 59.636 saat ketika berjaya melepasi siangan 4,000 meter tersebut dan ini kali pertama catatan empat minit berjaya dilakar.
“Ia adalah minggu yang menakjubkan. Saya cuba melakukan sesuatu yang istimewa dengan catatan rekod baharu dan akhirnya saya berjaya merealisasikan salah satu impian saya.
“Kini saya fikir untuk meraikan kejayaan ini dan berehat selepas mengharungi musim yang sangat mencabar serta jadual yang padat,” kata Ganna.
Ganna menewaskan rakan senegara Jonathan Milan, yang mencatat masa empat minit dan 3.79s. Manakala, pelumba Portugal, Ivo Manuel Alves Oliveira terpaksa berpuas hati meraih gangsa.
Sementara itu, Mathilde Gros melakukan kejutan apabila memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan dunia selepas menewaskan jaguh berbasikal Jerman, Lea Friedrich pada aksi final pecut wanita.
Atlet berusia 23 tahun tersebut turut mengatasi Emma Hinze dari Jerman pada aksi separuh akhir. Sementara itu, Laurine van Riessen dari Belanda terpaksa berpuas hati meraih gangsa. – AGENSI