fbpx

Dua kubur mangsa rempuhan Stadium Kanjuruhan digali semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dedi berkata polis akan disertai oleh petigas forensik dan sekumpulan doktor dalam sesi penggalian semula dua kubur tersebut. - Sumsel

JAKARTA – Polis Indonesia dijadualkan melakukan proses penggalian kubur dua mangsa tragedi Kanjuruhan pada Rabu ini sebagai sebahagian siasatan menyeluruh tragedi berkenaan, lapor stesen penyiaran CNNIndonesia semalam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Negara, Inspektor Jeneral Dedi Prasetyo berkata, sebuah  pasukan lain bersama jabatan polis juga akan melakukan pemeriksaan terhadap 16 saksi minggu depan.

Menurut Dedi, polis telah bekerja keras untuk menyiasat secara menyeluruh kes tersebut  dengan proses yang mengikut peraturan siasatan jenayah saintifik.

“Kami akan melakukan pro­ses penggalian kubur dua korban pada hari Rabu.

“Jabatan Polis akan disertai oleh Persatuan Doktor Forensik Indonesia bersama doktor daripada pasukan polis di Malang dan Jawa Timur,” jelasnya.

Dedi mengakui tidak dapat menjelaskan butiran identiti mengenai penghuni kubur yang digali kerana dianggap sulit selagi siasatan belum selesai.

“Ini adalah satu bentuk ketelusan daripada  pihak polis dengan membuka ruang kepada pihak-pihak luar untuk sama-sama menyelia proses siasatan pasukan bersama itu,” tambahnya.

Mengenai agenda utama penggalian semula kubur, ia adalah untuk mengetahui maklumat tepat berhubung berapa banyak tembakan gas pemedih mata dilepaskan oleh anggota, arah tembakan serta jenis peluru yang digunakan semasa kejadian. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI