fbpx

Bomba tendang masuk wanita cuba terjun dari tingkap rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan bomba menendang wanita yang cuba terjun masuk semula ke dalam rumah. - Twitter

TOKYO – Sebuah video menjadi sensasi internet yang memaparkan kepantasan seorang anggota bomba di Jepun menyelamatkan seorang wanita daripada percubaan bunuh diri dengan menendangnya masuk ke dalam rumah, lapor laman India Today semalam.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, kelihatan seorang wanita sedang duduk di tebing tingkap dengan kakinya terjulur keluar bangunan.

Anggota bomba yang turun dari tingkat atas, diikat dengan tali keselamatan bertindak menendang wanita itu masuk semula ke dalam rumah untuk mengelakkannya daripada terjun ke bawah.

“Tindakan bijak seorang anggota bomba Jepun menyelamatkan nyawa wanita yang berniat bunuh diri,” demikian menurut kapsyen video tersebut.

Meskipun sesetengah pengguna media sosial kagum dengan teknik sepakan tersebut namun ada juga yang mempersoalkan integriti anggota bomba berkenaan.

“Apakah jenis teknik menyelamat dengan menendang mangsa seperti ini?” komen seorang pengguna.

Sehingga kini, video itu telah berjaya meraih lebih empat juta tontonan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI