fbpx

Bakal suami beri RM2,000 seminggu, wanita berjaya cantik masa kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok, Nisahany meluahkan rasa syukur apabila dia berjaya tampil dalam keadaan lebih cantik dan meyakinkan ketika majlis perkahwinannya.

Katanya, menjadi sebuah kebahagiaan apabila dia selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang banyak membantu serta membelanjakan wang RM2,000 seminggu untuknya bagi membeli keperluan kecantikan diri.

“Akhirnya, lelaki yang sanggup keluarkan wang untuk rawatan kecantikan Nisa RM2,000 seminggu, jadi suami Nisa. Alhamdulillah 10 September Nisa jadi isteri dia,” katanya dalam hantaran video baru-baru ini.

Menerusi beberapa video dimuat naik Nisa, memaparkan koleksi foto dirinya yang sebelum ini kelihatan sedikit berisi dan berkulit kusam akhirnya berjaya mentranformasikan dirinya kepada lebih kurus serta wajahnya semakin cerah dan berseri.

Sementara itu, Nisa turut menepis dakwaan segelintir individu yang mengatakan kononnya dia semakin cantik disebabkan memakai produk tertentu.

Sehubungan itu, Nisa mengatakan bukan mudah untuk dirinya tampil sebegini dan pelbagai jenis rawatan dilakukan sebelum ini.

“Awak ingat RM2,000 itu penjagaan kulit muka sahaja? Suplemen kulit dan badan setiap minggu habiskan lebih RM300, putih ketiak di spa setiap minggu RM1,800.

“‘Scrub dan mask badan, kaki, tangan, penjagaan rambut, syampu dan barangan mandi dan macam-macam lagi kalau nak tulis,” balasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji perubahan dialami Nisa serta menyifatkan dia sangat bertuah kerana memiliki lelaki yang sanggup mengeluarkan wang untuk mencantikkan pasangannya.

“Macam ini baru betul, nak pasangan cantik, sediakan wang perbelanjaan secukupnya, ini tidak, komen pandai, tapi kedekut,” ujar seorang pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI