fbpx

Almy Nadia bengang anak disuruh kurus oleh guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALMY Nadia bengang apabila guru sekolah anak sulungnya meminta kanak-kanak itu menurunkan berat badan.

PETALING JAYA – Bengang anak kesayangan dipaksa ‘ikat perut’ disebabkan guru di sekolah menyuruhnya untuk kurus, pelakon Almy Datin Almy Nadia melahirkan rasa kecewa apabila situasi tersebut terjadi.

Almy atau nama sebenarnya, Almy Nadia Aminuddin Shah, 36, memaklumkan anak sulungnya, Nur Adrina Arianna, 7, didenda guru di sekolah yang menyuruhnya untuk menguruskan badan.

“Dia (anak) kata tak nak makan sebab nak kena kurus. Cikgu suruh kurus.

“Ni dia mak hang bising. Ambik hang! Marah betul mama hang tau apabila ada orang suruh anak hang kurus.

“Ini dah susut banyak tau sebab dia sekolah pagi petang penat sekolahnya,” getus isteri kepada pelakon, Datuk Fizz Fairuz menerusi satu hantaran status dalam Instagram.

Tambah pelakon dan usahawan itu lagi, anaknya mengikut arahan kurangkan makan, jika tidak, dia akan didenda di sekolah oleh guru terbabit.

“Nanti dia kena marah di sekolah. Mama (saya) memang naik hantu hari ini.

“Tunggu Isnin (naik sekolah) hang pergi panjat sekolah jumpa cikgu mana yang suruh kamu kurus itu.

“Sibuk nak suruh anak aku kurus. Anak aku nak bawa beg sekolah pun tak larat faham? Aku marah hari ini,” tegas Almy.

Almy berkahwin denhgan Fizz, 42, pada 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat.

Almy sebelum ini juga pernah menjadi mangsa kritikan netizen apabila ada yang menyamakan perubahan saiz badannya yang semakin membesar sama macam babi terutama selepas melahirkan anak dan tidak lagi bergiat aktif dalam dunia lakonan. – K0SMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI