fbpx

[VIDEO] 40 pendaki terperangkap di Air Terjun Telaga Tujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dalam operasi menyelamat 40 pendaki yang terkandas di kawasan Air Terjun Telaga Tujuh, pagi ini.

LANGKAWI – Seramai 40 pendaki terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan peranginan Air Terjun Telaga Tujuh, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 10.16 pagi tadi.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi terus bergegas ke lokasi dan dimaklumkan terdapat 40 mangsa terperangkap di kawasan air terjun itu.

“Mangsa berusia lingkungan 30-an hingga 40 tahun dan komander operasi melaporkan bahawa keadaan di tempat kejadian adalah hujan lebat dan arus deras ekoran terjadi kejadian kepala air,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, anggota penyelamat kemudian membuat ikatan tali bagi menyeberangi sungai untuk anggota bergerak ke lokasi mangsa terperangkap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI