fbpx

Wanita dikurung dalam sangkar anjing selama 20 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dikurung dalam sangkar anjing dan dipukul dengan kayu besbol oleh suspek penculikan yang berjaya melarikan diri. - ViralPress

MANILA – Seorang wanita warga China berjaya melarikan diri selepas  diculik ketika keluar malam dan dikurung dalam sangkar anjing selama 20 hari di Filipina, lapor portal berita MailOnline semalam.

Polis Bandar Batangas menyelamatkan wanita itu selepas dia melarikan diri daripada penculik yang mengurungnya di sebuah rumah di Barangay Alangilan, Bandar Batangas selama hampir tiga minggu pada 6 Oktober lalu.

Mangsa yang merupakan warga Shanghai ditemui oleh anggota polis  di sebuah kedai serbaneka di kampung itu dan kemudian membawanya ke balai polis.

Teman lelaki wanita itu  membuat laporan polis selepas menerima  klip video daripada nombor tidak dikenali di telefonnya. Klip video tersebut didakwa menunjukkan teman wanitanya dipukul dengan kayu besbol.

Dia berkata, suspek kemudian menelefonnya dan meminta wang tebusan AS$200,000 (RM940,400) untuk membebaskan mangsa.

Polis menyerbu rumah tempat mangsa dikurung tetapi penculiknya telah melarikan diri.

Mereka menemui sangkar anjing sempit dengan beberapa bantal dan baldi merah di dalamnya.

Menurut laporan, mangsa telah diculik ketika keluar bersama beberapa orang rakan di sebuah kelab di Angeles City, wilayah Pampanga pada 17 September lalu.

Unit anti-penculikan polis mengesahkan bahawa penculikan telah dilaporkan di bandar yang sama pada tarikh tersebut.

Tiada penjelasan lanjut tentang bagaimana mangsa berjaya melarikan diri daripada penculiknya.

“Saya memuji operasi Balai Polis Bandar Batangas kerana berjaya menyelamatkan mangsa tanpa melibatkan pertumpahan darah.

“Kepantasan anggota dalam menyiasat kes menggagalkan satu lagi insiden penculikan yang melibatkan warganegara China,”kata Ketua Pejabat Polis Wilayah 4A, Brigedier Jeneral Polis, Jose Melencio Nartatez Jr. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI