fbpx

Toto Wolff berang dengan keputusan FIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WOLFF menegaskan keputusan yang dibuat FIA tersebut tidak memberi keadilan kepada impak kesalahan kerana gelaran juara dunia F1 musim lalu diraih Verstappen. – AFP

BRACKLEY, England – Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff dilihat berang dengan kenyataan Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA) yang memutuskan bahawa pelanggaran had bajet Formula Satu (F1) dilakukan Red Bull sebagai satu kesalahan kecil.

Tegas Wolff, keputusan yang dibuat FIA tersebut tidak memberi keadilan kepada impak kesalahan berkenaan meskipun sebelum ini ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menafikan melakukan kesalahan tersebut.

FIA mendapati Red Bull bersalah kerana berbelanja berlebihan tahun lalu iaitu lebih lima peratus atau AS$7.25 juta (RM34 juta), melebihi had ditetapkan AS$145 juta (RM681.2 juta).

“Adakah ia disebut sebagai pelanggaran kecil kerana saya fikir perkataan itu mungkin tidak sesuai. Jika anda membelanjakan lebih AS$5 juta (RM23.4 juta) dan ia masih dianggap sebagai pelanggaran kecil, ia sebenarnya memberi impak besar kepada kejuaraan.

“Untuk makluman anda, kami memantau dengan teliti alat mana yang dibawa ke trek daripada pasukan utama pada setiap pusingan perlumbaan bagi musim 2021 dan musim 2022.

“Kita dapat melihat ada dua pasukan teratas yang berbelanja hampir sama dan ada satu lagi pasukan yang berbelanja lebih.

“Kami tahu apa yang kami belanjakan, iaitu AS$3.5 juta (RM16.4 juta) setahun untuk alat yang diperuntukkan untuk kereta.

“Jadi, anda pasti akan dapat melihat ada perbezaan jika anda berbelanja lebih AS$500,000 (RM2.3 juta) daripada bajet asal,” kata Wolff.

Ramai beranggapan kesalahan yang dilakukan Red Bull bakal menyebabkan gelaran juara dunia yang diraih Max Verstappen pada musim 2021 ditarik dan diberikan kepada Lewis Hamilton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI