fbpx

Sissy Imann selamat menjalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISSY IMANN

PETALING JAYA – Selepas meninggalkan tanda tanya mengenai perkhabaran untuk ditidurkan semalam, penyanyi Sissy Imann memaklumkan dia kini selamat menjalani pembedahan dan berada dalam keadaan stabil.

Berita tersebut disampaikan olehnya melalui hantaran yang dikongsikan dalam Instagram.

“Itu bukanlah pembedahan yang besar namun mengikut prosedur saya harus ditidurkan.

“Saya okay sahaja walaupun sedikit emosi tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar,” jelas Sissy.

Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu lagi, semalam adalah hari yang sangat menakutkan baginya kerana pertama kali perlu menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Mungkin Kamu itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya sehingga perlu melakukan pembedahan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan itu juga, Sissy memaklumkan dia kini sudah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat.

Pada masa sama, Sissy turut mengambil kesempatan menyatakan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesihatan dirinya dan memohon maaf kepada pihak yang pernah disakitinya.

“Tujuan Sissy nak minta maaf keada sesiapa yang pernah disakiti tetapi entah berapa ramai yang mungkin tidak pernah mengenali mendoakan sekali,” tulisnya.

Semalam, Sissy atau nama lengkapnya Sissy Imann Mohammad Kamil berkongsi bakal menjalani pembedahan namun tidak menjelaskan lebih lanjut tentang penyakitnya.

Dia juga meminta orang ramai supaya tidak bertanya kepada ahli keluarganya tentang perkara itu. -KOSMO! ONLINE

-HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI