fbpx

‘Si jambang’ Hagrid dalam Harry Potter meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBBIE COLTRANE yang terkenal dengan watak Hagrid dalam francais Harry Potter meninggal dunia semalam.

PELAKON yang popular menerusi watak Hagrid dalam francais filem terkenal Harry Porter, Robbie Coltrane meninggal dunia pada usia 72 tahun, semalam.

Menurut laporan media antarabangsa, CNN, berita tentang kematian pelakon kelahiran Scotland itu dimaklumkan sendiri oleh ejennya, Scott Henderson.

“Robbie Coltrane sudah pun pergi meninggalkan kita semua. Selain seorang pelakon yang hebat, dia juga bijak, pintar dan cerdas. Saya pasti akan merinduinya,” ujar Henderson.

Bagaimanapun, laporan menyebut punca kematian pelakon itu masih tidak diketahui lagi.

Berita tentang kehilangan Coltrane turut dirasai oleh penulis Harry Potter, JK Rowling apabila berkongsi rasa duka atas kehilangan pelakon yang dianggap cukup berbakat.

Menerusi hantaran yang ditulis dalam Twitter miliknya, Rowling menyifatkan dirinya amat bertuah apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Coltrane dalam Harry Potter.

“Saya tidak pernah mengenali seseorang yang mempunyai sifat seperti Coltrane. Bakatnya cukup luar biasa.

“Saya sangat bertuah mengenali dan dapat bekerjasama dengannya,” ujar Rowling.

Coltrane atau nama sebenarnya Anthony Robert McMillan lahir pada 30 Mac 1950 di Rutherglen, Glasgow, Scotland dan menceburi dunia seni bukan sahaja sebagai pelakon, malah juga sebagai pelawak dan penulis.

Coltrane pernah mendirikan rumah tangga bersama isteri, Rhona Gemmell pada 1999 namun berpisah pada 2003. Hasil perkongsian hidup, dia dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Spencer dan Alice. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI