fbpx

Sarawak United tutup Liga Super dengan kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Melaka United, Sony Norde melakukan percubaan mencari gol pembukaan pada separuh masa pertama - Gambar Melaka United

PETALING JAYA – Meskipun pasukan Sarawak United berdepan pelbagai masalah namua skuad The Crocs tersebut tetap mempamerkan persembahan terbaik dengan menghadiahkan kemenangan terakhir mereka dengan menewaskan Melaka United pada saingan Liga Super sebentar tadi.

Hasil kemenangan tersebut, Sarawak menutup tirai kempen Liga Super di tangga ke-11 selepas membenam Melaka dengan kemenangan 1-0 di Stadium Negeri, di Kucing sebentar tadi sekali gus memberi kegembiraan kepada penyokong tuan rumah di Bumi Kenyalang tersebut.

Kemenangan di laman sendiri tersebut menutup kekecewaan mereka dalam tujuh perlawanan sebelum ini selepas kali terakhir Sarawak meraih kemenangan pada 31 Julai lalu yang ketika itu menumbangkan Pulau Pinang 3-2.

Pada saingan tersebut, pasukan tuan rumah Sarawak tidak membuka laluan mudah buat Melaka apabila mengekang asakan pasukan tersebut.

Bagaimanapun, Melaka hampir memecah kebuntuan pada minit ke-39 namun percubaan deras kaki kanan Muhammad Fadhil Idris hanya menerja ke palang gol sekali gus terselamat pintu gol tuan rumah.

Seminit berselang, penyerang import sensasi Melaka, Ifedayo Olusegun berpeluang untuk membuka jaringan namun tandukan derasnya pada minit ke-41 berjaya dikeluarkan pemain pertahanan Sarawak. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat masa pertama perlawanan.

Pada separuh masa kedua, Sarawak mula merancana strategi dan berpeluang untuk menjaringkan gol namun rembatan kencang Lee Changhoon berjaya dipetis penjaga gol Melaka United, Ahmad Asyraaf Omar.

Pada penghujung perlawanan, pemain pertahanan Sarawak, Boris Kok diangkat wira apabila menjaringkan gol pada penghujung perlawanan. Cubaan Melaka untuk bangkit pada waktu tambah gagal dan Sarawak menutup kempen Liga Super dengan kemenangan terakhir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI