“CANTIK seperti Fasha Sandha!”
Itu antara pujian yang diberikan orang ramai apabila melihat kejelitaan Puteri Balqis yang anggun disolek dalam sebuah video TikTok baru-baru ini.
Bukan hanya Fasha, wajah jelita gadis berusia 15 tahun itu turut disamakan seperti pelakon Puteri Aisyah dan Tiz Zaqyah.
Video yang meraih lebih 500,000 tontonan dan tular dalam TikTok tersebut turut dibanjiri dengan doa agar pelakon itu meraih lebih banyak rezeki dalam pelbagai bidang bagi membantu ibunya.
“Terlalu cantik, sesuai sangat dengan namanya iaitu Puteri Balqis,” puji seorang pengguna TikTok lain.
Difahamkan, dia disolek sebegitu bagi mempromosikan sebuah jenama produk kecantikan.