PETALING JAYA – Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) optimis untuk menembusi pasaran Asia Barat menerusi penawaran penyelesaian digital yang ditawarkan oleh Kumpulan pada masa depan.
Pengarah Strategiknya, Saify Akhtar berkata, ini bakal dilaksanakan melalui kerjasamanya dengan Majlis Perniagaan Malaysia-Arab Saudi (MSBC) melalui pengerusi yang memimpin majlis berkenaan.
“Kami menjangkakan dapat berkembang lebih meluas di seluruh dunia selepas Kumpulan secara aktif merancang dan mengembangkan jangkauan sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena pelantikan lembaga pengarah baharunya dalam Kumpulan iaitu Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri.
Tunku Syed adalah Pengerusi MSBC sejak tahun 2017. -KOSMO! ONLINE